Tuesday, 9 July 2013

Ahli Kumpulan

PPG (AUTOMOTIF)

HAIRI ASZUAR BIN BAHARI
CB110056

AZRULHISHAM BIN MARJUNI
CB 110038

HASZARUL HAZREEN HISYAM BIN A,SAMAD
CB 110048




Tuesday, 2 July 2013

Monday, 1 July 2013

Video kendalian sistem penyejukkan

The cooling system

Sistem Penyejukan

FUNGSI DAN PRINSIP KENDALIAN KOMPONEN UTAMA PENYEJUK CECAIR

KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYEJUKKAN

Pam air



     Bagi membolehkan air sentiasa beredar dalam enjin dan radiator semasa enjin hidup sebuah pam air diperlukan. Jenis pam air yang sesuai ialah pam pendesak.

     Ia dipasang di bahagian depan enjin iaitu diantara bongkah selinder dan radiator. Pam pendesak terdiri dari perumah yang mempunyai salur masuk dan salur keluar serta pendesak. Dibahagian depan aci pendesakdipasangkan hab yang dilengkapkan dengan takal dan kipas. Pam air dipusingkan oelh aci engkol dengan pertolongan tali kipas. Apabila pendesak berpusing, daya empar yang terbentuk akan menolak air yang berada diantara sirip – sirip pendesak masuk ke dalam selubung air. Salur masuk pam air disambungkan kepada bahagian bawah radiator oleh sebatang paip getah.



     Pam air digunakan dialam sistem penyejukkan air adalah bertujuan untuk mempercepatkan aliran air didalam selubung air (water jacket). Pada pam ini terdapat salur masuk dan salur kelaurserta satu pendesak (impeller). Pam ini digerakkan oleh tali kipas (fan belt) yang dipasangkan pada “crankshaft pulley” dan juga “alternator pulley” seterusnya ke ‘pulley” pam air. Apabila enjin berpusing air akan turut berpusing mengikut pusingan – pusingan pulley tadi.



Kipas enjin
     Kipas enjin biasanya dibuat dari plat keluli nipis atau palstik keras, ia dipasangkan pada aci pam air yang dipusingkan oleh tali kipas yang memusingkan janakuasa. Tali kipas yang digunakan adalah berbentuk “V” dan diperbuat dari campuran getah. Tali kipas itu mestilah sentiasa di dalam keadaan baik dan dilaras dengan betul iaitu dengan jarak fleksing 19 mm atau 3/4". Kalau tali kipas dipasang teralu tegang, ini akan menyebabkan alas menjadi rosak. Sebaliknya kalau teralu kendur pula, kipas dan pam air akan berpusing perlahan dan menyebabkan enjin menjadi lampau panas.

   Fungsi kipas enjin ialah untuk menyejukkan air didalam radiator. Pada sesetengah kenderaan selubung kips dipasang untuk menghalang udara yang sama berpusing pada radiator. Kipas enjin yang baik baik ialah yang dapat menarik banyak udara melalui radiator. Perlu diingat bahawa bila kenderaan semakin laju, angin dari hadapan dapat menyejukkan radiator. Jadi kipas enjin tidaklah diperlukan semasa kenderaan bergerak laju. Pada sesetengah kenderaan moden kipas enjin  dengan cara automatik mengikut suhu dan kelajuan enjin, ia dianggap dapat menjimatkan tenaga dan penggunaan bahanapi.

     Bilangan bilah tidak terhad kepada dua sahaja. Kadangkala terdapat 4 – 6 atau 8 bilah, ia disesuaikan mengikut keperluan.



Penunjuk suhu enjin – penyejuk cecair


     Penunjuk suhu adalah merupakan satu unit penting yang boleh memberitahu suhu enjin secara keseluruhan kepada pemandu. Keupayaan atau kecekapan sesebuah enjin adalah bergantung kepada suhu kendaliannya, secara umumnya boleh kita mengambil pengertian jarum penunjuk suhu hendaklah sentias berada ditahap normal apabila kenderaan sedang dipandu. 
     Penunjuk suhu dipasangkan pada panel alat – alat untuk mengetahui suhu air didalam selubung air. Sekiranya suhu lampau ditunjukkan pada penunjuk suhu, ini menandakan enjin mengalami panas lampau. Dengan itu tindakan segera dapat diambil iaitu dengan mematikan enjin, sebelum kerosakan yang lebih serius terjadi.

      Tiga jenis penunjuk suhu yang biasa digunakan iaitu:

a)     Tekanan wap
     Penunjuk suhu jenis ini terdiri dari satu tiub dan unit penunjuk. Tiub ini dipasangkan pada selubung air dikepala selinder. Ianaya disambungkan kepada unit penunjuk melalui satu tiub halus. Di dalam tiub tersebut terisi cecair yang boleh terpeluwap pada suhu yang rendah. Bila suhu enjin bertambah tinggi, cecair di dalam tiub akan terpeluwap dan membentuk tekanan. Tekanan ini akan dipindahkan ke tiub bourdon di unit penunjuk melalui tiub yang halus. Tiub bourdon kemudiannya akan tertolak keluar dan mengerakkan jarum penunjuk.


a)     Penunjuk elektrik
     Penunjuk suhu jenis ini terdiri dari unit penunjuk dan unit penghantar. Unit penghantar diapsangkan pada selubung air dikepala selinder. Terdapat dua jenis penunjuk elektrik iaitu:

           I)                Jenis gelung imbangan
           II)              Jenis termostat dua logam

I)                Jenis gelung imbangan
     Rintangan didalam unit penghantar berubah mengikut suhu enjin. Bila suhu bertambah tinggi, rintangan akan berkurangan dan arus dapat mengalir ke gelung (1) dengan banyakanya. Dengan itu jarum penunjuk akan tertarik dengan menunjukkan suhu yang tinggi. Sebaliknya, bila suhu enjin rendah, rintangan di dalam unit penghantar akan bertambah dan arus mengalir lebih banyak ke gelung (2). Medan magnet yang lebih kuat akan terbentuk pada gelung (2) dan ini akan menarik jarum penunjuk ke arah suhu rendah. 

 I)                Jenis thermostat dua logam
     Arus dari bateri mengalir melalui gelung dawai yang mengelilingi sebatang besi dua logam. Kemudian arus terus mengalir ke terminal spring, piring sensitif suhu dan ke bumi.                       Bila air diselubung air menjadi panas, piring sensitif suhu pun turut menjadi panas. Semakin panas piring sensitif suhu, maka semakin banyaklah arus yang mengalir melaluinya. Dengan lain perkataan rintangan yang ada padanya semakin berkurangan apabila suhu                 bertambah. Dengan itu lebih banyak arus boleh mengalir melalui litar penunjuk suhu. Kepingan dua logam akan menjadi panas dan membengkok, lalu meusingkan jarum penunjuk ke arah tanda panas.

     Bila air mula sejuk, piring sensitif suhu akan turut menjadi sejuk dan ini                  menyebabkan arus yang mengalir berkurangan. Kepingan dua logam pun berbalik kepada kedudukan asalnya dengan jarum penunjuk  menunjuk ke arah suhu rendah.




a)     Lampu penunjuk

     Lampu penunjuk terdiri daripada satu unit penghantar suhu air yang disambungkan kepada dua biji mentol dan bateri melalui suis penyalaan. Satu dari mentol itu berwarna biru untuk menunjukkan suhu sejuk dan mentol yang satu lagi berwarna merah untuk menunjukkan suhu panas lampau. Didalam unit penghantar suhu, terdapat sekeping bilah thermostat. Semasa enjin sejuk, bilah thermostat bersambung dengan lampu berwarna biru (sejuk). Jadi apabila enjin dihidupkan, lampu berwarna biru akan bernyala sehinggalah enjin mencapai suhu kendalian. 

     Apabila enjin telah mencapai suhu kendalian, bilah thermostat akan membengkok dan tidak lagi bersentuhan dengan terminal yang menyambungkan lampu biru (sejuk). Lampu biru pun padam. Tetapi apabila suhu enjin mencapai panas lampau, themostat akan membengkok  lagi dan menyentuh terminal yang menyambungkan lampu merah (panas lampau) dan bateri. Lampu merah pun akan menyala. Dengan ini pemandu dapat mengetahui bahawa enjin mencapai panas lampau.